Isnin, 6 Jun 2011

Pulau Langkawi



Hari Pertama 31/05/2011 (Selasa)

Sampai di jeti Kuah lebih kurang pukul 2.00 petang. Tak banyak yang berubah semenjak kali terakhir sampai di sini kira-kira 6 tahun lepas. Namun pujian harus diberi kepada pihak yang bertanggungjawab menjaga maintenance jeti di sini, keadaannya nampak sangat baik.

Di Jeti Kuah
Dari jeti terus ke hotel dengan kereta kancil sewa. Sewa RM200 untuk hari Selasa tengahari sampai hari Jumaat tengahari, rasanya harga yang ok untuk masa-masa cuti sekolah ni. Sepanjang di Langkawi, tinggal di Awana Porto Malai. RM720 sewa bilik termasuk sarapan dua orang untuk 4 hari 3 malam.

Bilik dengan dua katil queen size 
Sarapan untuk kanak-kanak 3-12 tahun RM15 seorang. Semasa kami disana, pengunjung yang menginap di hotel tak ramai sangat. Jadi kira bagus jugalah sebab tak perlu nak bersesak-sesak dengan ramai orang.

Sarapan pagi

Makan malam di Awana Porto Malai semasa blue-hour
Persekitaran dan kemudahan hotel Awana Porto Malai ini boleh dikatakan sangat memuaskan dan berbaloi dengan RM yang dibayar. Ditambah pula dengan pemandangan laut serta pulau-pulau yang memang menyejukkan mata.

Pemandangan waktu matahari terbit dari bilik sea-view
Kolam kanak-kanak dan dewasa yang luas

Persekitaran hotel yang menenangkan
Hari Kedua 01/06/2011 (Rabu)

Hari kedua kami sertai aktiviti island-hoping ke tiga buah pulau yang berdekatan. Harga pakej yang kami bayar untuk aktiviti ini ialah RM120 untuk dua dewasa, dua kanak-kanak, termasuk pengangkutan van dari hotel ke jeti.

Pulau Dayang Bunting
Jeti bot di Pulau Dayang Bunting

Kawasan @ platform untuk mandi

Mandi-manda di Tasik Dayang Bunting

Selepas itu kami bertolak ke Pulau Singa Besar untuk aktiviti eagle feeding. Di sini kita dapat melihat puluhan burung helang berlegar-legar di udara untuk menyambar makanan yang dicampakkan oleh pemandu bot di permukaan laut.

Burung helang berlegar di sekitar kawasan yang terdapat makanan
Antara jenis burung helang yang terdapat di sana
Seterusnya kami ke Pulau Beras Basah. Di sini kita boleh mandi laut. Airnya memang jernih. Terdapat sebuah perigi yang disediakan untuk membilas badan selepas mandi laut. Kita boleh juga berehat dan bersantai di pantai yang cantik dan bersih ini. Bawa makanan sendiri jika ke sini. Sambil menunggu masa berlalu boleh juga kita mengunyah-ngunyah makanan yang dibawa.

Pulau Beras Basah

Hari Ketiga 02/06/2011 (Khamis)

Selepas sarapan kami bertolak ke Gunung Mat Chinchang. Di sana kami dapatkan tiket untuk menaiki kereta kabel. Harga tiket RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Bagi warganegara Malaysia ada tiket diskaun berharga RM15 tetapi hanya untuk selepas pukul 5 petang.

Plaza jualan tiket dan stesen kereta kabel

Di dalam kereta kabel
Di puncak gunung Mat Chinchang
Pemandangan dari puncak gunung

Jambatan di puncak gunung
Semasa dalam perjalanan balik ke hotel dari Gunung Mat Chincang, kami singgah untuk makan laksa di tepi laut. Terdapat gerai dan van yang menujual laksa berhampiran dengan Lapangan Terbang Mat Sirat. Laksa Kedah memang power! 

Makan laksa di bawah pokok, di tepi pantai. Siap tambah lagi semangkuk !

Sepanjang di Pulau Langkawi kami pergi ke pekan Kuah untuk membeli-belah pada sebelah malam. Di samping tidak panas, orang pun tidak begitu ramai ketika ini. Anatara kedai yang popular di sini ialah rangkaian kedai Haji Ismail Group. Buah tangan seperti coklat dan pinggan mangkuk banyak yang boleh didapati di sini.


Makan malam di Restoran Rasa, Pantai Chenang
Makanan laut seperti ketam, udang, ikan dan lobster juga boleh didapati dengan mudah, terutamanya di sekitar kawasan Pantai Chenang. Tak sah kalau tak cuba makan malam di salah satu kedai makan yang banyak terdapat di sini.


Hari Keempat 03/06/2011 (Jumaat)

Selepas sarapan kami check-out lebih kurang pukul 10.00 pagi. Sampai di jeti Kuah kami beli tiket pukul 11.30 pagi untuk balik ke Kuala Kedah. Harga tiket ke Kuala Kedah RM23 untuk dewasa, RM17 untuk kanak-kanak.

Feri ke Kuala Kedah
Ikon Pulau Langkawi
Sepanjang di Langkawi semua yang kami rancang berjalan dengan baik. Satu perkara yang kami betul-betul lega ialah crowd yang tak begitu ramai sepanjang kami di sana. Selalunya kalau musim-musim cuti sekolah ni, pergilah ke mana-mana tempat percutian pun dalam Malaysia ni mesti ramai orang. Tempat-tempat makan mesti sesak dan mana-mana tempat yang perlu beratur, barisannya mesti panjang berjela. Tu yang tak tahan tu. Tapi trip kali ni semuanya ok, alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan