Magnetic tape, saya beli yang ini di Daiso. |
Jaring halus, yang ini dibeli di kedai hardware. Kena cari jaring yang halus dan lembut, tokei kedai tu kata yang ini jaring poly. Ada beberapa jenis jaring lagi yang lebih kasar ~ kurang sesuai. |
Mula-mula dapatkan ukuran tingkap yang hendak dipasang jaring. Kemudian potong jaring mengikut sukatan yang dah diambil. Selepas potong dapatlah bentuk jaring menjadi segiempat tepat.
Kemudian potong magnetic tape mengikut ukuran jaring ataupun ukuran tingkap tadi. Tampalkan bahagian yang bertape pada magnetic tape tu ke atas jaring. Untuk tambah kuatkan tape tu lekat pada jaring, gunakan hot glue sebagai pelekat atau welding tambahan. Pastikan magnet berada di sebelah bawah dengan bahagian tape bergam sebelah atas dan jaring melekat pada tape itu sebelum welding. Dah lekat elok baru mula baru mula welding dengan hot glue. (Saya gunakan masking tape yang digulung untuk buatkan magnet melekat dan tak bergerak buat sementara atas meja)
Bila dah siap, jaring dan magnet ini melekat dengan baik, dan ia nampak kukuh sebagai satu produk baru... mosquito net, yang boleh mencecah RM10 per kaki persegi.
Dah siap, sedia untuk di pasang. |
Beginilah rupa jaring serangga DIY yang telah siap di pasang. Boleh ditambah di bahagian yang sesuai satu tali atau tempat untuk membuka jaring daripada gril besi supaya lebih mudah untuk membuka dan menutup tingkap.
Untuk pengetahuan kos magnetic tape satu RM5.00 sepanjang 108 inci, saya gunakan tiga dan ada baki lagi. Jaring semeter RM12. Untuk tingkap seperti rumah saya yang berukuran 4' x 4' ini saya gunakan sebanyak 1.5 meter jaring.
Banyak juga jimatkan.... selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan