Jumaat, 15 Jun 2012

Woodpecker, Common Flameback (Belatuk Pinang Kecil) - Ampang

Waktu hantar anak ke sekolah pada satu pagi terdengar suara burung ini di sebatang pokok berhampiran jalan. Saya periksa sekitar pokok tersebut dan nampak seekor burung belatuk. Kelihatan seperti ia sedang memberi makan kepada anaknya yang berada dalam satu lubang di pokok tersebut. Namun saya kurang pasti samada betul ada anaknya di situ memandangkan keadaan sekitar yang agak samar. Sebelah petang, lepas balik kerja saya ke tempat tersebut semula. Saya perhatikan seperti tiada kehadiran anak burung di lubang tersebut. Selepas 20 minit, seekor burung belatuk dewasa tiba dan hinggap di dahan pokok tersebut. Namun ia tidak pergi ke arah lubang itu cuma hinggap di dahan-dahan lain. Selepas 20 minit kemudian burung tersebut terbang pergi menuju ke kawasan hutan berhampiran. Hari pun dah hampir maghrib. Saya akan perhatikan kawasan itu lagi dari jarak yang selamat supaya tidak menganggu burung itu. Ini gambar yang sempat saya rakam petang itu.

Woodpecker, Common Flameback (Belatuk Pinang Kecil) - Ampang by Saifulazri Saamah
Woodpecker, Common Flameback (Belatuk Pinang Kecil) - Ampang, a photo by Saifulazri Saamah on Flickr.

Exif data:
CameraCanon EOS 7D
Exposure0.167 sec (1/6)
Aperturef/10.0
Focal Length560 mm
ISO Speed400



Takau Hitam Kuning (Black-and-yellow Broadbill)


Ini antara gambar burung Takau Hitam-Kuning yang saya dapat baru-baru ini. Takau atau Broadbill merupakan antara jenis burung yang paling comel dan menjadi favourite saya untuk dirakam gambarnya.