Rabu, 26 Oktober 2016

Steering Wheel Cover - DIY

'Merayau' di Lazada baru-baru ini terjumpa dengan iklan steering wheel cover DIY. Stereng kereta pulak memang ada tempat yang sudah terkoyak kulitnya. Kalau nak beli cover yang banyak dijual di kedai aksesori, biasanya yang dijual adalah jenis tebal dan kurang 'sedap' rasa ketika pegang. Boleh cuba pasang yang ni rasanya...


Inilah dia iklan sebenar dalam laman Lazada tu. Harga memang murah sangat. Tapi lepas beli kena luangkan masa dalam satu ke dua jam untuk kita pasang secara DIY. Pakej tersebut akan disertakan sekali benang dan jarum khas yang tumpul untuk digunakan untuk 'menjahit'. Penjualnya dari China, jadi makan masa dalam satu minggu lebih untuk barang sampai ke Malaysia.





Tadaaa... dah siap pasang. Puas hatilah dengan cover ni. Nampak kemas. Nak jahit pun mudah je. Benang yang tersedia ada pada cover memang dibuat agak longgar. Bila kita kaitkan benang yang diguna untuk jahit tu dia terus jadi. Bentuk jahitan pun kemas. Cuma tak ada lah feel pegang kulit, tapi berpatutan lah dengan harganya.


Beginilah rupa jahitannya dari dekat, boleh tahan kemas.

Isnin, 10 Oktober 2016

Jaring Serangga Magnetik 2 - Magnetic Mosquito Net


Sekali lagi saya nak kongsikan cara membuat jaring magnetic nyamuk atau lalat. Cara membuatnya juga sama dengan post yang lepas cuma kali ini saya gantikan step penggunaan hot glue dengan penggunaan gam contact glue dan tape EVA. Hasilnya lebih kemas dan lebih tahan lasak.

Untuk bahan-bahan dan alatan yang diperlukan boleh rujuk posting sebelum ini. Jaring Serangga Magnetik - DIY

Langkah pertama, ukur tempat nak pasang jaring magnetic. Kemudian potong magnet mengikut ukuran tersebut.


Magnet yang telah dipotong mengikut ukuran

Kemudian bentukkan frame dari magnet yang telah dipotong. Saya gunakan gulungan masking tape untuk lekatkan sementara magnet di atas permukaan meja bagi membentuk frame. Bahagian magnet yang berpelekat letakkan mengadap ke atas.




Hamparkan jaring ke atas frame magnet. Kemudian rata dan lekatkan jaring pada magnet. Lekatan jaring pada magnet ketika ini tidak kuat. Sebab pelekat asal pada magnet ini tidak begitu kuat sebenarnya. Sebab itu saya tambahkan langkah yang seterusnya mendapatkan lekatan yang lebih kukuh.




Sebelum ini saya guna hot glue sebagai pelekat tambahan. Pada pemerhatian sya sebelum ini, selain kurang cantik, lekatannya tak tahan begitu lama, terutama di tempat magnet dan jaring yang selalu bergerak semasa membuka dan menutup tingkap. 

Maka saya gantikan dengan kombinasi tape EVA dan contact glue (biasa orang sebut gam Dunlop - ada banyak jenama lain yang kualitinya sama atau lebih baik dari Dunlop sebenarnya). Tape EVA banyak dijual di kedai alatulis. Tapi saya gunakan kepingan EVA yang berpelekat dan bersaiz lebih lebar yang kemudiannya saya potong sama mengikut lebar magnet. Sebab bahan ini memang dah ada di rumah, jadi tak perlu lagi beli tape EVA di kedai.


Kepingan EVA berpelekat atau boleh juga guna tape EVA


Sapukan contact glue pada jaring dan magnet
 
Proses tampal tape EVA pada permukaan yang telah diletak contact glue

Setelah semuanya selesai bolehlah dipotong keliling jaring di sekeliling frame magnet mengikut bentuknya. Jangan lupa buangkan terlebih dahulu masking tape sebelum memotong jaring.





Inilah rupa jaring nyamuk/lalat magnetic yang sudah siap.



Tak ada rasa takut-takut lagi, yakin ia melekat tak mudah terbuka kali ini


Selepas di pasang pada gril besi pintu dapur rumah kami.


 
Ternyata penampilan kali ni lebih kemas dan cantik selain lebih kukuh dan mudah untuk diuruskan. 














Rabu, 5 Oktober 2016

Tanam Pokok Kuini

Hujung minggu yang panjang sempena cuti maal hijrah kali ini, kami habiskan untuk bermalam di rumah kami di kampung Pantai Kundor, Melaka.

Pagi-pagi lagi pada hari Sabtu, 1 hb Oktober 2016 kami mulakan perjalanan. Dari hiway Lekas keluar ke Seremban. Hiway sesak dengan kenderaan dari Seremban sehinggalah menghampiri ke exit Simpang Ampat, kereta tak putus-putus.

Sampai sahaja di kampung kami terus berhenti makan tengah hari terlebih dahulu. Berselera makan nasi dengan lauk asam pedas ikan sembilang laut.

Sampai di rumah, pada sebelah petangnya kami mulakan aktiviti menanam anak pokok kuini. Pokok ini kami bawa terus dari Ampang yang telah agak lama disemai.

Yang membuatkan saya tertarik untuk menyemai benih kuini ini, selain buahnya sedap dan harum, ia juga tidak berulat. Harap-harap kalau ada rezeki nanti, yang kami tanam ini pun sama kualitinya.


 
 
 
Gambar pada keesokan harinya... siram air


Sambil tu nak kongsi gambar buah cempedak dari pokok yang juga ditanam sendiri. Dua dari tiga batang pokok cempedak ini telah berbuah buat kali pertama pada tahun ini.



 
Dah selamat digoreng...