Rabu, 29 Ogos 2012

Pelan Lanskap untuk Rumah Melaka


Rumah dah saip, tapi kawasan sekelilingnya masih lagi kosong, terutama di bahagian laman depan rumah.  Lama juga ambil masa nak pikir pokok apa yang sesuai untuk dijadikan lanskap. Ciri utama pokok yang dipilih, pertama mestilah mudah hidup dan kedua tak perlukan penjagaan rapi. Maklum le, rumah ni lebih banyak masanya dibiar kosong daripada ada orang kat dalam. Jadi tak boleh la tanam pokok yang nak kena dibelai selalu.

Pelan Lanskap

Kalau sesiapa nak bina pelan ringkas untuk lanskap macam kat atas tu, sila lawat web site ini http://www.smallblueprinter.com/garden/planner.html

Antara pokok-pokok besar untuk teduhan ialah pokok doa (bucida molineti), pokok ashoka (polyalthia longifolia) dan pokok kelapa pandan. Manakala pokok renek untuk ditanam disekeliling bahagian atas outdoor shower ialah lady palm (rhapis excelsa) dan di sekeliling pagar pula akan ditanam bunga kertas, kalau boleh yang berbagai warna.

Pokok Doa
Pokok Ashoka
Kelapa pandan
Lady palm

Bunga kertas

Ini semua masih dalam perancangan. Langkah pertama nak menjayakannya ialah budget kena ada, seterusnya kenal pasti nurseri mana yang ada jual pokok-pokok tersebut. Kalau boleh biarlah nurseri yang dekat dengan rumah di Melaka ni, mudah sikit nak berurusan.