Sekali lagi saya nak kongsikan cara membuat jaring magnetic nyamuk atau lalat. Cara membuatnya juga sama dengan post yang lepas cuma kali ini saya gantikan step penggunaan hot glue dengan penggunaan gam contact glue dan tape EVA. Hasilnya lebih kemas dan lebih tahan lasak.
Untuk bahan-bahan dan alatan yang diperlukan boleh rujuk posting sebelum ini. Jaring Serangga Magnetik - DIY
Langkah pertama, ukur tempat nak pasang jaring magnetic. Kemudian potong magnet mengikut ukuran tersebut.
Magnet yang telah dipotong mengikut ukuran |
Kemudian bentukkan frame dari magnet yang telah dipotong. Saya gunakan gulungan masking tape untuk lekatkan sementara magnet di atas permukaan meja bagi membentuk frame. Bahagian magnet yang berpelekat letakkan mengadap ke atas.
Hamparkan jaring ke atas frame magnet. Kemudian rata dan lekatkan jaring pada magnet. Lekatan jaring pada magnet ketika ini tidak kuat. Sebab pelekat asal pada magnet ini tidak begitu kuat sebenarnya. Sebab itu saya tambahkan langkah yang seterusnya mendapatkan lekatan yang lebih kukuh.
Sebelum ini saya guna hot glue sebagai pelekat tambahan. Pada pemerhatian sya sebelum ini, selain kurang cantik, lekatannya tak tahan begitu lama, terutama di tempat magnet dan jaring yang selalu bergerak semasa membuka dan menutup tingkap.
Maka saya gantikan dengan kombinasi tape EVA dan contact glue (biasa orang sebut gam Dunlop - ada banyak jenama lain yang kualitinya sama atau lebih baik dari Dunlop sebenarnya). Tape EVA banyak dijual di kedai alatulis. Tapi saya gunakan kepingan EVA yang berpelekat dan bersaiz lebih lebar yang kemudiannya saya potong sama mengikut lebar magnet. Sebab bahan ini memang dah ada di rumah, jadi tak perlu lagi beli tape EVA di kedai.
Kepingan EVA berpelekat atau boleh juga guna tape EVA |
Sapukan contact glue pada jaring dan magnet |
Proses tampal tape EVA pada permukaan yang telah diletak contact glue |
Setelah semuanya selesai bolehlah dipotong keliling jaring di sekeliling frame magnet mengikut bentuknya. Jangan lupa buangkan terlebih dahulu masking tape sebelum memotong jaring.
Inilah rupa jaring nyamuk/lalat magnetic yang sudah siap.
Tak ada rasa takut-takut lagi, yakin ia melekat tak mudah terbuka kali ini |
Selepas di pasang pada gril besi pintu dapur rumah kami.
Ternyata penampilan kali ni lebih kemas dan cantik selain lebih kukuh dan mudah untuk diuruskan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan