Khamis, 9 Jun 2011

Bapa Saudara Meninggal Dunia


Selasa 07/06/2011, 11.00 malam, dapat berita dari kampung di Pantai Kundor, Melaka yang Pak Andak Mahat sakit tenat, sekarang ada di hospital Melaka. Mak dan bapa mertua bertolak ke Melaka malam tu juga bersama abang ipar. Kami sekeluarga tak dapat ikut bersama kerana bekerja keesokan hari, lagipun minggu lepas kami baru sahaja bercuti seminggu. Bising pulak orang kat pejabat kalau asyik nak cuti je.

Rabu 08/06/2011, lebih kurang 10.30 am diberitahu bahawa Pak Andak Mahat telah meninggal dunia. Kami semua bergegas balik ke kampung. Jenazah akan dikebumikan selepas sembahyang zohor.

Semasa dalam perjalanan ke Melaka kami terserempak dengan konvoi trak askar yang membawa bahan letupan di sebelah arah yang sama di Lebuhraya Plus. Terfikir juga macam mana agaknya kalau tiba-tiba bom dalam trak meletup masa lalu dekat dengan trak tu? Hishhh... mintak simpang benda-benda macam tu.

Kenderaan tentera membawa bahan letupan... Bom jenis apalah agaknya ni?

Sampai di kampung lebih kurang pukul 2.30 petang. Kami tengok memang ramai orang yang datang menziarah. Dalam ramai-ramai tu aku nampak Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd. Ali Rustam pun ada. Pak Andak adalah Tok Sidang Pantai Kundor, atas urusan tugasnya sebagai ketua kepada penduduk itulah yang membuatkan hubungan dia dengan ketua menteri agak rapat. 

Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam

Semasa kami tiba, jenazah baru sahaja selesai dikapankan dan bersedia dibawa ke surau untuk disembahyangkan. Kiranya kami sampai tepat-tepat pada masa. Sempatlah kami tengok muka Allahyarham Pak Andak buat kali terakhir sebelum dikebumikan. 

Takziah kami ucapkan buat Mak Andak sekeluarga, semoga tabah menghadapi ketetapan Allah s.w.t, dan Al-fatihah untuk roh Pak Andak Mahat bin Hj. Nikmat, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam syurga bersama roh-roh orang yang beriman. Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan