Rabu, 18 Mac 2015

Cara Buat 'Watermark' Dalam Photoshop CS4

Saya akan kongsikan cara membuat watermark pada gambar menggunakan brush dalam CS4. Cara ini lebih mudah. Anda hanya perlu memilih brush yang telah di pre-defined dan 'copkan' sahaja watermark di atas gambar. 

Langkah 1:

Buka satu helaian baru dengan menggunakan jenis background yang transparent.




Langkah 2:

Dengan menggunakan text layer, klik kan di atas background dan tulis seperti biasa, taipkan perkataan watermark yang anda inginkan.



Langkah 3:

Kemudian klik pada pilihan Edit dan pilih Define Brush Preset pada drop down menu yang tertera.



Langkah 4:

Selepas itu kotak seperti di bawah akan tertera dan pilih ok. Camkan nombor brush yang akan di define kan. Dalam kes ini brush nombor 433. Dengan mengingat nombor ini lebih mudah untuk anda cari brush ini ketika memilihnya dari kotak brush.



Langkah 5:

Kemudian anda boleh klik pada butang brush dan lihat di dalam kotak jenis-jenis brush.. kebiasaanya brush watermark anda akan tertera di kotak paling bawah sekali kerana ia adalah brush yang paling baru dibuat.

Untuk delete brush hanya right click atas kotak brush tersebut.



Langkah 6:

Anda telah berjaya membuat watermark dengan cara yang mudah dan ringkas. Yang penting semasa menggunakannya juga ianya adalah sangat mudah.. dengan hanya mengecop. Helaian yang anda gunakan tadi boleh dibuang terus tanpa di save. Brush anda masih wujud di dalam kotak pilihan brush walaupun helain tadi tidak di simpan.



Langkah 7:

Selamat mencuba... Warna watermark juga boleh di ubah mengikut kesukaan anda.



Semoga bermanfaat. Terima kasih.