Sabtu, 13 Disember 2014

Dari KL ke Hat Yai dan Krabi, Thailand (Bhgn 1)

Hujung bulan November 2014, cuti sekolah hujung tahun kali ni kami pergi jalan-jalan ke sebelah selatan Thailand. Iaitu ke Hat Yai dan juga ke Krabi. Kami ke sana dengan memandu kereta sendiri.

Untuk trip ke Hat Yai kami berkonvoi tiga buah kereta. Kami bergerak dari Ampang lebih kurang pukul 11:30 malam hari Jumaat 28 haribulan, supaya dapat sampai ke Bukit Kayu Hitam sekitar pukul 9:00 pagi keesokannya. 

Sabtu pagi tu kami sampai di Changlun lebih kurang pukul 8:00 pagi. Di sana kami bersarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan. Semasa di Changlun juga kami buat urusan membeli insurans kenderaan untuk masuk ke Thailand dan juga borang yang perlu di isi rakyat Malaysia yang mahu ke Thailand. Kami berurusan di sebuah kedai yang di dalamnya ada kedai makan Cina dan juga kaunter menjual insurans kereta ke Thailand. Mudah sikit urusan, kita tak perlu buat sendiri kerja-kerja isi borang dan sebagainya, semua mereka yang isikan. Cuma sediakan passport dan bayarannya sahaja. Untuk insurans kereta RM15, dan untuk upah isi borang individu masuk ke Thailand sorang RM1 je.

Sarapan di Changlun

Kedai tempat beli insurans masuk Thailand

Urusan beli insurans kereta untuk ke Thailand

Kami sampai di pos kawalan sempadan Bukit Kayu Hitam lebih kurang pukul 10:30 pagi. Semasa keluar dari sempadan Malaysia semua urusan normal je seperti biasa, serahkan passport kepada pegawai imigresen yang bertugas dan setelah itu passport dicop dan boleh teruskan perjalanan. Tapi buat yang pertama kali masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, prosedur di sini lain sikit. Sebelum masuk ke sempadan Thailand anda perlu parking kereta dan keluar dari kereta. Setiap orang kena beratur dulu di pondok pos kawalan untuk passport mereka di cop. Lama juga kat sini... selepas sejam baru selesai. Kemudian baru boleh bawa kereta masuk ke dalam sempadan Thailand. Tapi sebelum tu jangan lupa... dalam setiap passport anda kena masukkan RM1 duit Malaysia.. walaupun tiada arahan rasmi berbuat demikian. Kami pun tau pasal perkara ni masa tengah beratur kat sana. Mulanya tak nak masukkan duit RM1 tu, tapi sampai kat pegawai imigresen Thailand tu, dia orang tanya mana RM1?? Nak tak nak kena bagi juga. Menurut mereka yang dah biasa, perkara ni memang sudah jadi tradisi dari dulu lagi... Macam tu pulak yer... hmmm. Tak pe la... anggap sebagai upah kepada pegawai imigresen tu yang penat kerja nak cek dan cop passport rakyat Malaysia yang tak putus-putus beratur panjang. Mau lenguh juga tangan tak berhenti cop dari mula masuk kerja sampai balik kerja... hehe.

Di depan yang berbumbung biru sanalah tempat letaknya
pos kawalan sempadan sebelah Thailand

Penuh sesak dengan orang ramai yang ingin ke Thailand

Beratur untuk dapatkan kebenaran masuk dari imigresen Thailand

Memandangkan masa yang terhad untuk terus berada di depan komputer ni, posting ini akan saya sambung ke bahagian 2 untuk saya kongsikan pengalaman pertama kami ketika jalan-jalan ke Hat Yai dan Krabi. Stay tune...

(Bahagian 2)
(Bahagian 3)
(Bahagian 4)
(Bahagian 5 - Akhir)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan