Hari Sabtu 28 hb November adalah hari pertama kami tiba di Thailand selepas agak lama juga duduk dalam kereta (11 malam hingga pukul 9 pagi termasuk berhenti rehat). Walau bagaimanapun perjalanan yang jauh sebenarnya tak terasa pun sebab hati seronok dan teruja nak makan angin ke tempat orang.
Dari pos sempadan kami terus bergerak menuju ke Hat Yai. Perjalanan ke Hat Yai tak lama, hanya lebih kurang sejam kami dah sampai ke bandar Hat Yai. Sampai di Hat Yai kami terus ke hotel. Kami tinggal dua malam di Asian Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Hat Yai yang sangat berdekatan juga dengan tempat tumpuan pelancong yang mereka panggil sebagai Lee Garden night market.
Ketika di hotel kami minta bantuan staf hotel untuk dapatkan perkhidmatan tuk-tuk. Kami bercadang untuk makan tengah hari di kedai tom yam dan mintak pemandu tuk-tuk untuk bawa kami ke kedai makan yang sedap. Dengan menyewa dua buah tuk-tuk kami bergerak ke kedai makan tengah hari. Salah seorang pemandu tersebut boleh bertutur bahasa Melayu walaupun tak lah begitu fasih. Ini kerana dia dulu pernah mengaji pondok dan belajar dari kitab-kitab Melayu semasa kecil. Mudahlah sikit untuk kami berkomunikasi. Dua buah tuk-tuk ini juga kami sewa untuk esok hari semasa pergi jalan-jalan ke Songkhla.
Dengan tuk-tuk sewa ni kami pergi makan tengahari. Pertama kali makan tom yam masakan Siam original... memang terasa sedap. Bahan-bahan dan rempah yang dia orang guna segar-segar agaknya tu yang membuatkan masakan siam di sini betul-betul terangkat. Perut pulak memang lapar, kali terakhir makan berat masa sarapan di Changlun pagi tadi. Masa makan tengahari ni habis licin semua yang kami order.
Kami makan tengahari ni pun sebenarnya dah lambat, dah masuk pukul 3:30 petang pun. Lepas makan, tuk-tuk tu bawa kami jalan-jalan ke floating market. Di sini sebenarnya adalah pasar terapung yang disediakan khusus untuk pelancong. Bukannya pasar terapung yang sebenar yang dihadiri oleh peniaga-peniaga pasar dari kampung-kampung. Barangan yang dijual rata-rata adalah makanan dan minuman. Sesuailah untuk para pelancong untuk berehat dan rileks.
Selepas balik dari pasar terapung, semua dah kepenatan. Jadi kami semua terus balik ke hotel dan berehat. Pada sebelah malamnya kami hanya berehat-rehat di hotel dan pusing-pusing jalan kaki di kedai dan pasar malam di sekitar hotel sahaja. Makan malam pun hanya beli dari gerai di sekitar kawasan pasar malam Lee Garden. Di Hat Yai ni masih mudah untuk dapatkan makanan halal yang dijual oleh peniaga muslim.
Bersambung nanti, hari kedua kami di Hat Yai dan pengalaman kami jalan-jalan ke Songkla, salah satu kawasan pelancongan yang berhampiran dengan pantai di kawasan selatan Thailand ini. Stay tune...
- (Bahagian 1)
- (Bahagian 3)
- (Bahagian 4)
- (Bahagian 5 - Akhir)
Papan warna hijau tu ada tulis nama kedai tapi dalam bahasa Siam... tak reti nak sebut. Yang penting kedai Muslim dan halal. |
Ikan siakap ni memang sedap... pelik sikit nama masakannya, ikan masak dua tubuh... |
Kami makan tengahari ni pun sebenarnya dah lambat, dah masuk pukul 3:30 petang pun. Lepas makan, tuk-tuk tu bawa kami jalan-jalan ke floating market. Di sini sebenarnya adalah pasar terapung yang disediakan khusus untuk pelancong. Bukannya pasar terapung yang sebenar yang dihadiri oleh peniaga-peniaga pasar dari kampung-kampung. Barangan yang dijual rata-rata adalah makanan dan minuman. Sesuailah untuk para pelancong untuk berehat dan rileks.
Selepas balik dari pasar terapung, semua dah kepenatan. Jadi kami semua terus balik ke hotel dan berehat. Pada sebelah malamnya kami hanya berehat-rehat di hotel dan pusing-pusing jalan kaki di kedai dan pasar malam di sekitar hotel sahaja. Makan malam pun hanya beli dari gerai di sekitar kawasan pasar malam Lee Garden. Di Hat Yai ni masih mudah untuk dapatkan makanan halal yang dijual oleh peniaga muslim.
Antara makanan yang popular di sini... pancake ala Thai. |
Bersambung nanti, hari kedua kami di Hat Yai dan pengalaman kami jalan-jalan ke Songkla, salah satu kawasan pelancongan yang berhampiran dengan pantai di kawasan selatan Thailand ini. Stay tune...
- (Bahagian 1)
- (Bahagian 3)
- (Bahagian 4)
- (Bahagian 5 - Akhir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan