Hari kedua kami di Hat Yai... Pagi dalam pukul 10:00, dua buah tuktuk yang kami sewa dah sedia menunggu kami di depan hotel. Hari ni kami akan ke Muzium 3D Hat Yai dan jalan-jalan ke Songkhla. Tapi sebelum itu kami dibawa bersarapan ke satu kedai yang boleh tahan sedap maskannya di samping ada menjual pelbagai jenis makanan. Dah lupa apa nama kedai ni, tapi memang ramai jugak la orang yang makan di sini terutamanya pelancong muslim dari luar macam kami.
Nasi kerabu dengan daging bakar memang terbaik kat sini |
Lepas habis sarapan tuktuk terus bawa kami ke Muzium 3D Hat Yai. Dalam muzium ni rileks sikit sebab aktivitinya indoor dan air-cond. Sebelum masuk tempat 3D kami tengok dulu persembahan silap mata. Anak-anak memang suka sangat la. Kita yang dewasa ni pun memang terhibur dengan persembahan dia orang.
Group photo bersama crew magic show selepas habis persembahan |
Ini antara gambar-gambar yang di rakam semasa di dalam Muzium 3D. Ada dua tingkat ruang-ruang yang penuh dengan lukisan-lukisan 3D di dalamnya yang amat menarik.
Dari Muzium 3D kami bergerak ke bandar yang terletak berhampiran pantai di sebelah timur wilayah selatan Thailand ini, iaitu Songkhla. Perjalanan naik tuktuk ambil masa hampir sejam. Sampai di sana kami terus menuju ke kedai makan. Ada satu kawasan di mana terdapat banyak kedai-kedai makan yang menyediakan makanan halal dan dimiliki oleh peniaga muslim. Yang bagusnya kedai-kedai ini terletak betul-betul di kawasan pantai. Tapi kena pandai pilih la kedai mana yang sesuai.
Nasib tak berapa baik bagi kami tengahari tu, dah termasuk dalam kedai yang servisnya sangat lambat walaupun makanannya boleh dikatakan ok. Mungkin pemandu tuktuk kami yang berasal dari Hat Yai ni tak biasa dengan kedai makan di Songkhla ni. Terkena jugaklah kami pengalaman yang kurang manis... apa tidaknya tunggu hampir sejam untuk dapatkan semua yang kami pesan. Tapi kita pun tak tau... mungkinlah masa hari yang kami sampai tu pekerja dan tukang masak kedai ni tak sihat ke... manalah tau kan, bersangka baik aje la.
Selesai makan kami jalan-jalan dan lepak-lepak saja di kawasan tepi pantai yang berdekatan. Sambil bergambar kenangan dan sambil menghirup angin pantai di waktu petang. Kalau dah sampai di Songkhla ni dia orang cakap tak sah kalau tak ambil gambar dengan mermaid hehehe...
Esoknya ahli konvoi ini akan terpaksa berpecah dua. Dua buah kereta akan bergerak balik ke KL. Manakala kami sekeluarga akan meneruskan perjalanan kami ke Krabi. Tunggu sambungannya...

Kedai makan yang kebanyakannya mengadap pantai di Songkhla |
Sabar menanti... hehehe |
Selesai makan kami jalan-jalan dan lepak-lepak saja di kawasan tepi pantai yang berdekatan. Sambil bergambar kenangan dan sambil menghirup angin pantai di waktu petang. Kalau dah sampai di Songkhla ni dia orang cakap tak sah kalau tak ambil gambar dengan mermaid hehehe...
Gambar kenangan dengan 'mermaid' Songkhla |
Pemandangan sepanjang-panjang tepi jalan di kawasan pantai Songkhla |
Selepas beberapa jam berehat di tepi pantai kami pun bergerak balik semula ke Hat Yai. Sebelah malam nanti tuktuk yang sama ni akan bawa kami jalan-jalan ke sebuah lagi pasar malam yang tak kurang ramai pengunjungnya. Pasar malam ini terletak jauh sedikit dari kawasan hotel. Kami ternampak tapak pasar malam ini semasa kami dalam perjalanan ke Muzium 3D pagi tadi.
Malam ini adalah malam terakhir kami di Hat Yai. Esok pagi kami akan check out dari hotel. Jadi sebelah malamnya selepas kami balik dari pasar malam tersebut kami habiskan masa dengan jalan-jalan lagi di sekitar kawasan Lee Garden. Makan-makan, minum-minum dan ada yang pergi urut kaki. Murah sangat kalau urut kaki di Hat Yai ni, sejam hanya 200 baht, lebih kurang RM20 je.
Destinasi terakhir yang tuktuk tu bawa kami ialah ke sebuah restoran tomyam di Lee Garden iaitu Restoran Hamid untuk makan malam iaitu selepas selesai ronda-ronda dan membeli sedikit buah tangan di pasar malam yang saya sebutkan tadi. Restoran ini terletak berhampiran dengan hotel kami. Jadi kami boleh berjalan kaki sahaja dari sini untuk balik ke hotel nanti. Untuk satu hari penuh perkhidmatan tuktuk yang kami bayar ialah sebanyak 130 baht sebuah. Rasanya berbaloilah untuk sewa satu hari suntuk dari pagi sampai ke malam.
Esoknya ahli konvoi ini akan terpaksa berpecah dua. Dua buah kereta akan bergerak balik ke KL. Manakala kami sekeluarga akan meneruskan perjalanan kami ke Krabi. Tunggu sambungannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan