Rabu, 7 Disember 2011

Swiss Garden Damai Laut - Lumut


Cuti sekolah bulan 12 baru ni kami bawa anak-anak pergi jalan-jalan ke Lumut. Tidur di Swiss Garden Damai Laut. Masuk ni dah kali ke-empat kami bermalam di hotel ni. Anak-anak ni bawak pergi mana-mana pun dia orang tak kisah, janji ada kolam mandi.

Secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan facility dan layanan yang diterima di hotel ni. Oleh sebab kedudukannya yang agak jauh dari kawasan pekan, kena la pandai-pandai rancang macam mana nak makan. Macam kami hari tu, sarapan dan makan malam terpaksa la kat hotel pasal malas nak drive keluar. Tapi at least sarapan dah free untuk dua orang. Cuma tambah budget  untuk anak-anak yang dua orang tu aje.

Kami berada di sana selama dua malam tiga hari je. Cukupla untuk rehat-rehat dan layan anak-anak sempena cuti sekolah kali ni.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan