Sabtu, 10 Disember 2011

Bermalam Di Rumah Melaka - Kali Kedua

Ini kali kedua kali bermalam di rumah kami di Melaka. Kali ni tiga keluarga join kami. Walaupun tidur semalam je kat sana, tapi kami semua seronok. Tak pe, rumah dah siap... bila-bila pun boleh balik lagi. Antara 'acara' masa kat sana, gotong-royong membersih halaman rumah.

Tak sabar-sabar dia orang ni, baru je lepas asar... panas lagi, tapi semangat nak tolong. 

Gotong royong. Lepas-lepas ni boleh buat lagi... hihihi

Perlawanan bolasepak persahabatan antara Selangor (geng anak buah) dan Melaka (geng budak kampung).

Jalan kaki ramai-ramai pergi ke pantai

Santai-santai kat pantai

Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua. Sebab susah payah buat gotong royong kutip batu, ratakan tanah dan tambak jalan. Kalau buat sendiri memang lambat la nak siap. Terima kasih jugak kepada pak cik Dolah kat kampung tu yang bagi kami seguni ubi kayu muda, yang memang sedap bila direbus.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan