Sabtu, 17 Disember 2011

Adam @ UKRC

Hari Sabtu baru ni pergi daftar Adam joint kelab bolasepak UKRC dekat Kuala Ampang. Bukan sesiapa yang suruh, tapi dia yang sendiri beria-ia nak masuk. Tu yang cari kelab sekitar Ampang tu. Akhirnya jumpa la kelab UKRC ni. Rupanya Allahyarham Mokhtar Dahari dulu pun asal dari kelab UKRC ni jugak... emmm barulah tau.

Masa hari daftar tu rupanya adalah minggu sesi latihan terakhir untuk tahun 2011. Tapi coach semua baik hati, dia ajak jugak Adam joint latihan dia orang untuk dua hari terakhir ni, Sabtu dan Ahad. Bayaran pendaftaran kira bermula tahun depan. Nasib baik dapat gak main bola, kalau tak mau frust Adam.

Nak tau lagi pasal UKRC, klik di sini http://www.ukrc.com.my/academy.shtm

Hari pertama joint UKRC

Warming-up

Pelatih termasuk had umur bawah 16, 12, 10 dan 8

Adam no. 9, jersi belum dapat pakai jersi Harimau Malaya la

Hari kedua latihan, dah dapat jersi...

Sesi bersama coach Jerry
Latihan asas ball dribbling

Tengok muka memang nampak bersemangat ni... hihihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan