Semasa cuti Krismas yang lepas kami telah berkonvoi sebanyak 9 buah kereta menuju ke Kulim. Tujuan ke Kulim adalah untuk menghantar wakil meminang bagi pihak adik ipar saya yang bongsu Yushelmi. Apa boleh buat adik bongsu dah tertarik dengan orang jauh, jadi kami adik beradik dan ipar duai semua bersetuju untuk pergi ke sana.
Oleh kerana cuti hujung minggu yang panjang iaitu cuti tiga hari Sabtu, Ahad dan Isnin kami ke sana merangkap untuk jalan-jalan makan angin sekali. Kami bermalam di apartment hotel Vistana di Pulau Pinang. Ini antara gambar-gambar yang sempat di rakam.
|
Semasa dalam perjalanan ke Kulim, singgah di Tapah makan minum dari atas bonet kereta je, R&R semua penuh sesak |
|
Angkatan meminang |
|
Yang disunting bersama bakal mak mertua |
|
Setelah terikat tali pertunangan, semoga bertemu jodoh dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin hendaknya |
|
Pemandangan sekitar dan Pulau Jerejak dari 'penthouse' tingkat 28 hotel Vistana |
|
Makan malam di Restoran Sri Idaman Batu Maung, penuh empat meja dengan 40 orang lebih
dari keluarga Tuan Hj. Ibrahim... :-) |
|
Pekena nasi kandar di Restoran Subaidah, Tanjung Bungah (ni baru tiga keluarga je) |
|
Di Hard Rock Hotel |
|
Cewah.... cewahhh!!! |
|
Ahli-ahli baru The Beatles |
|
Jeruk Pak Ali, glamer jeruk ni. Pernah masuk TV3 dulu. Makan pun tak sakit tekak. |
|
Gerai nasi lemak untuk sarapan pagi dekat dengan kedai jeruk Pak Ali. Macam-macam lauk ada. |
|
Makan rojak buah dan laksa penang kat tepi laut |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan