Selasa, 27 Disember 2011

Dari Ampang ke Kulim & Penang (Angkatan Meminang)


Semasa cuti Krismas yang lepas kami telah berkonvoi sebanyak 9 buah kereta menuju ke Kulim. Tujuan ke Kulim adalah untuk menghantar wakil meminang bagi pihak adik ipar saya yang bongsu Yushelmi. Apa boleh buat adik bongsu dah tertarik dengan orang jauh, jadi kami adik beradik dan ipar duai semua bersetuju untuk pergi ke sana. 

Oleh kerana cuti hujung minggu yang panjang iaitu cuti tiga hari Sabtu, Ahad dan Isnin kami ke sana merangkap untuk jalan-jalan makan angin sekali. Kami bermalam di apartment hotel Vistana di Pulau Pinang. Ini antara gambar-gambar yang sempat di rakam.

Semasa dalam perjalanan ke Kulim, singgah di Tapah makan minum dari atas bonet kereta je, R&R semua penuh sesak

Angkatan meminang

Yang disunting bersama bakal mak mertua

Setelah terikat tali pertunangan, semoga bertemu jodoh dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin hendaknya

Pemandangan sekitar dan Pulau Jerejak dari 'penthouse' tingkat 28 hotel Vistana

Makan malam di Restoran Sri Idaman Batu Maung, penuh empat meja dengan 40 orang lebih
dari keluarga Tuan Hj. Ibrahim... :-)





Pekena nasi kandar di Restoran Subaidah, Tanjung Bungah (ni baru tiga keluarga je)

Di Hard Rock Hotel

Cewah.... cewahhh!!!




Ahli-ahli baru The Beatles

Jeruk Pak Ali, glamer jeruk ni. Pernah masuk TV3 dulu. Makan pun tak sakit tekak.

Gerai nasi lemak untuk sarapan pagi dekat dengan kedai jeruk Pak Ali. Macam-macam lauk ada.

Makan rojak buah dan laksa penang kat tepi laut

Sabtu, 17 Disember 2011

Adam @ UKRC

Hari Sabtu baru ni pergi daftar Adam joint kelab bolasepak UKRC dekat Kuala Ampang. Bukan sesiapa yang suruh, tapi dia yang sendiri beria-ia nak masuk. Tu yang cari kelab sekitar Ampang tu. Akhirnya jumpa la kelab UKRC ni. Rupanya Allahyarham Mokhtar Dahari dulu pun asal dari kelab UKRC ni jugak... emmm barulah tau.

Masa hari daftar tu rupanya adalah minggu sesi latihan terakhir untuk tahun 2011. Tapi coach semua baik hati, dia ajak jugak Adam joint latihan dia orang untuk dua hari terakhir ni, Sabtu dan Ahad. Bayaran pendaftaran kira bermula tahun depan. Nasib baik dapat gak main bola, kalau tak mau frust Adam.

Nak tau lagi pasal UKRC, klik di sini http://www.ukrc.com.my/academy.shtm

Hari pertama joint UKRC

Warming-up

Pelatih termasuk had umur bawah 16, 12, 10 dan 8

Adam no. 9, jersi belum dapat pakai jersi Harimau Malaya la

Hari kedua latihan, dah dapat jersi...

Sesi bersama coach Jerry
Latihan asas ball dribbling

Tengok muka memang nampak bersemangat ni... hihihi

Ahad, 11 Disember 2011

Gerhana Bulan

Pada 10hb Disember 2011 berlaku gerhana bulan penuh yang boleh dilihat di seluruh Malaysia. Tapi kalau tempat yang banyak awan memang tak nampak la gerhana ni. Kebetulan pada tarikh tu balik Melaka. Kat tepi laut kalau cuaca baik, langit selalunya terang tak berawan. Dapat la tengok gerhana bulan penuh malam tu.


Lebi kurang pukul 9:40 malam, dah lebih separuh bulan terlindung

Lebih kurang pukul 10:15 malam, lebih 95% bulan tertutup oleh bayang bumi.

Sabtu, 10 Disember 2011

Bermalam Di Rumah Melaka - Kali Kedua

Ini kali kedua kali bermalam di rumah kami di Melaka. Kali ni tiga keluarga join kami. Walaupun tidur semalam je kat sana, tapi kami semua seronok. Tak pe, rumah dah siap... bila-bila pun boleh balik lagi. Antara 'acara' masa kat sana, gotong-royong membersih halaman rumah.

Tak sabar-sabar dia orang ni, baru je lepas asar... panas lagi, tapi semangat nak tolong. 

Gotong royong. Lepas-lepas ni boleh buat lagi... hihihi

Perlawanan bolasepak persahabatan antara Selangor (geng anak buah) dan Melaka (geng budak kampung).

Jalan kaki ramai-ramai pergi ke pantai

Santai-santai kat pantai

Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua. Sebab susah payah buat gotong royong kutip batu, ratakan tanah dan tambak jalan. Kalau buat sendiri memang lambat la nak siap. Terima kasih jugak kepada pak cik Dolah kat kampung tu yang bagi kami seguni ubi kayu muda, yang memang sedap bila direbus.













Rabu, 7 Disember 2011

Swiss Garden Damai Laut - Lumut


Cuti sekolah bulan 12 baru ni kami bawa anak-anak pergi jalan-jalan ke Lumut. Tidur di Swiss Garden Damai Laut. Masuk ni dah kali ke-empat kami bermalam di hotel ni. Anak-anak ni bawak pergi mana-mana pun dia orang tak kisah, janji ada kolam mandi.

Secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan facility dan layanan yang diterima di hotel ni. Oleh sebab kedudukannya yang agak jauh dari kawasan pekan, kena la pandai-pandai rancang macam mana nak makan. Macam kami hari tu, sarapan dan makan malam terpaksa la kat hotel pasal malas nak drive keluar. Tapi at least sarapan dah free untuk dua orang. Cuma tambah budget  untuk anak-anak yang dua orang tu aje.

Kami berada di sana selama dua malam tiga hari je. Cukupla untuk rehat-rehat dan layan anak-anak sempena cuti sekolah kali ni.