Isnin, 4 Julai 2011

Pertandingan Golf Amal MRSM Terendak 2011



Ayer Keroh Country Club, Melaka

Pada hari Ahad 3 Julai 2011 lalu telah diadakan Pertandingan Golf Amal MRSM Terendak 2011. Walaupun bukan bekas pelajar MRSM, saya joint kawan-kawan untuk sama-sama menyumbang sambil berpeluang untuk mengenali kawan-kawan baru. Bertolak dari KL pukul 6 pagi, sampai di Kelab Golf Ayer Keroh pada pukul 7.30 pagi. Pagi-pagi tak banyak kereta yang menggunakan lebuhraya PLUS, sebab tu boleh sampai Melaka dalam masa satu setengah jam sahaja dari KL.


Sunrise view, dengan matahari bulat berwarna jingga
di lubang 18, par 5 terpanjang dengan jarak 604 meter dari black tee.

Flight kami, dari kiri Karim, Syedi Ariepin, Cikgu Walid & Saifulazri.




Secara keseluruhannya padang golf ini memang cantik dan menarik. Pokok-pokok yang terdapat di sini kebanyakan besar-besar dan matang yang telah menjangkau usia puluhan tahun. Saya diberitahu kebanyakan pokok-pokok di sini adalah pokok hutan asal di tapak padang golf ini. Selain dari itu, walaupun menggunakan rumput cow-grass ia tetap memberikan pengalaman bermain yang menyeronokkan kerana ia dijaga rapi dengan rumput di fairway dan rough yang di potong pendek. Manakala keadaan di atas green juga agak memuaskan. Gambar terakhir di atas menunjukkan salah satu pokok besar dan rendang yang terdapat di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan