Isnin, 11 Julai 2011

Bukit Fraser


Kali terakhir pergi ke Bukit Fraser lebih kurang 4 tahun lepas. Minggu lalu kami berpeluang melawat ke sana sekali lagi. Hari Sabtu lepas sebenarnya ada jemputan kahwin di Lembah Bilut, Bentong. Semasa balik ke KL, kami jangkakan jalan ke KL akan sesak akibat banyak sekatan jalan raya diadakan sempena Perhimpunan Bersih 2 yang sedang hangat diadakan di KL. Kami ambil keputusan untuk menggunakan jalan lain menuju ke KL iaitu melalui Bukit Fraser. Sambil tu boleh cuba lense baru Canon EF 400mm f5.6 L untuk ambil gambar burung-burung di Bukit Fraser... :)

Landmark menunjukkan sampai di Gap untuk mereka yang menggunakan
laluan dari Bentong atau Raub ke Bukit Fraser.

Kemudahan surau dan tandas yang selesa di Gap 

Hijau dan nyaman, jalan dari Gap ke Bukit Fraser

Sampai di Bukit Fraser lebih kurang pukul 3.30 petang. Cuaca sangat baik, langit terang dengan suhu sekeliling yang nyaman. Habiskan masa dengan bersiar-siar di sekitar pekan Bukit Fraser dan kawasan yang berdekatan dengan menara jam.

Di Pekan Bukit Fraser 

Di Menara Jam.

Petang tu sempat jugalah ambil gambar-gambar burung di kawasan yang berhampiran dengan menara jam tersebut. Ada juga disediakan tempat memberi makan burung, ini akan memberi kesempatan kepada orang ramai melihat atau mengambil gambar burung-burung yang akan bertumpu di situ.

Di sana saya berkenalan dengan salah seorang pekerja yang menjaga pusat khidmat palancong di sana, Encik Sega. Dia seorang yang ramah dan banyak pengalaman dengan burung-burung di sini. Dia dan seorang lagi  rakannya menyarankan kepada saya untuk tinggal semalam di Jelai Resort. Di sana kita boleh melihat lebih banyak burung terutamanya di sebelah pagi.

Dengan bantuan Encik Sega, saya sewa sebuah bilik di Jelai Resort. Pengurus resort Encik Emir, merupakan  seorang peminat burung juga. Nama-nama burung semuanya di hujung jarinya sahaja. Dia sediakan kami dengan sebuah bilik yang sesuai untuk aktiviti memerhati burung, ia boleh dilakukan dari balkoninya sahaja. Harga bilik pun murah, hanya RM120 semalam. Ini antara burung-burung yang kami jumpa di sana, kebanyakannya diambil pada sebelah pagi hari Ahad tersebut antara jam 7.00 am ke 10.00 am. 

Blue-winged Minla
Verditer Flycatcher

Pacific Swallow

Long-tailed Sibia

Chestnut-capped Laughingthrush

Spider hunter

Large Niltava - male

Large Niltava - female

Silver-eared Mesia

Rupa-rupanya resort tempat kami menginap tersebut memang sudah terkenal di kalangan peminat dan pemerhati burung sebagai salah satu tempat favourite untuk melakukan aktiviti pemerhatian burung. Tak perlu bersusah-susah untuk berjalan, hanya tunggu di hadapan resort. Burung-burung yang bergerak secara berkumpulan pasti akan datang ke situ mengikut 'gelombang burung' di sana. Gelombang burung merujuk kepada situasi di mana sekumpulan burung yang mungkin mengandungi sepuluh atau lebih spesis burung bergerak bersama dalam satu-satu kumpulan untuk mencari makan. 

Berpeluang berkenalan dengan peminat burung yang datang untuk
mengambil gambar burung-burung di Bukit Fraser

Tengah asyik 'menembak'

Sebelum bergerak balik ke KL kami berehat-rehat sebentar di salah satu taman permainan dan riadah yang terdapat di Bukit Fraser.



Mini golf

Saya rasa trip ke Bukit Fraser pertama kali dengan lense 400mm untuk snap gambar-gambar burung ini sebagai berjaya. Walaupun tidak dirancang dengan sempurna, kami gembira ketika berada di sana. 

Salah satu pemandangan yang unik semasa
memandu turun dari Bukit Fraser ke Gap.

InsyaAllah kami akan ke sana semula dalam waktu terdekat ni untuk reshoot burung-burung yang banyak dan cantik di sana sambil menikmati dan menghirup udara segar dan nyaman di kawasan tanah tinggi ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan