Hujung minggu yang panjang sempena cuti maal hijrah kali ini, kami habiskan untuk bermalam di rumah kami di kampung Pantai Kundor, Melaka.
Pagi-pagi lagi pada hari Sabtu, 1 hb Oktober 2016 kami mulakan perjalanan. Dari hiway Lekas keluar ke Seremban. Hiway sesak dengan kenderaan dari Seremban sehinggalah menghampiri ke exit Simpang Ampat, kereta tak putus-putus.
Sampai sahaja di kampung kami terus berhenti makan tengah hari terlebih dahulu. Berselera makan nasi dengan lauk asam pedas ikan sembilang laut.
Sampai di rumah, pada sebelah petangnya kami mulakan aktiviti menanam anak pokok kuini. Pokok ini kami bawa terus dari Ampang yang telah agak lama disemai.
Yang membuatkan saya tertarik untuk menyemai benih kuini ini, selain buahnya sedap dan harum, ia juga tidak berulat. Harap-harap kalau ada rezeki nanti, yang kami tanam ini pun sama kualitinya.
Gambar pada keesokan harinya... siram air |
Sambil tu nak kongsi gambar buah cempedak dari pokok yang juga ditanam sendiri. Dua dari tiga batang pokok cempedak ini telah berbuah buat kali pertama pada tahun ini.
Dah selamat digoreng... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan