Rabu, 26 Oktober 2016

Steering Wheel Cover - DIY

'Merayau' di Lazada baru-baru ini terjumpa dengan iklan steering wheel cover DIY. Stereng kereta pulak memang ada tempat yang sudah terkoyak kulitnya. Kalau nak beli cover yang banyak dijual di kedai aksesori, biasanya yang dijual adalah jenis tebal dan kurang 'sedap' rasa ketika pegang. Boleh cuba pasang yang ni rasanya...


Inilah dia iklan sebenar dalam laman Lazada tu. Harga memang murah sangat. Tapi lepas beli kena luangkan masa dalam satu ke dua jam untuk kita pasang secara DIY. Pakej tersebut akan disertakan sekali benang dan jarum khas yang tumpul untuk digunakan untuk 'menjahit'. Penjualnya dari China, jadi makan masa dalam satu minggu lebih untuk barang sampai ke Malaysia.





Tadaaa... dah siap pasang. Puas hatilah dengan cover ni. Nampak kemas. Nak jahit pun mudah je. Benang yang tersedia ada pada cover memang dibuat agak longgar. Bila kita kaitkan benang yang diguna untuk jahit tu dia terus jadi. Bentuk jahitan pun kemas. Cuma tak ada lah feel pegang kulit, tapi berpatutan lah dengan harganya.


Beginilah rupa jahitannya dari dekat, boleh tahan kemas.

Isnin, 10 Oktober 2016

Jaring Serangga Magnetik 2 - Magnetic Mosquito Net


Sekali lagi saya nak kongsikan cara membuat jaring magnetic nyamuk atau lalat. Cara membuatnya juga sama dengan post yang lepas cuma kali ini saya gantikan step penggunaan hot glue dengan penggunaan gam contact glue dan tape EVA. Hasilnya lebih kemas dan lebih tahan lasak.

Untuk bahan-bahan dan alatan yang diperlukan boleh rujuk posting sebelum ini. Jaring Serangga Magnetik - DIY

Langkah pertama, ukur tempat nak pasang jaring magnetic. Kemudian potong magnet mengikut ukuran tersebut.


Magnet yang telah dipotong mengikut ukuran

Kemudian bentukkan frame dari magnet yang telah dipotong. Saya gunakan gulungan masking tape untuk lekatkan sementara magnet di atas permukaan meja bagi membentuk frame. Bahagian magnet yang berpelekat letakkan mengadap ke atas.




Hamparkan jaring ke atas frame magnet. Kemudian rata dan lekatkan jaring pada magnet. Lekatan jaring pada magnet ketika ini tidak kuat. Sebab pelekat asal pada magnet ini tidak begitu kuat sebenarnya. Sebab itu saya tambahkan langkah yang seterusnya mendapatkan lekatan yang lebih kukuh.




Sebelum ini saya guna hot glue sebagai pelekat tambahan. Pada pemerhatian sya sebelum ini, selain kurang cantik, lekatannya tak tahan begitu lama, terutama di tempat magnet dan jaring yang selalu bergerak semasa membuka dan menutup tingkap. 

Maka saya gantikan dengan kombinasi tape EVA dan contact glue (biasa orang sebut gam Dunlop - ada banyak jenama lain yang kualitinya sama atau lebih baik dari Dunlop sebenarnya). Tape EVA banyak dijual di kedai alatulis. Tapi saya gunakan kepingan EVA yang berpelekat dan bersaiz lebih lebar yang kemudiannya saya potong sama mengikut lebar magnet. Sebab bahan ini memang dah ada di rumah, jadi tak perlu lagi beli tape EVA di kedai.


Kepingan EVA berpelekat atau boleh juga guna tape EVA


Sapukan contact glue pada jaring dan magnet
 
Proses tampal tape EVA pada permukaan yang telah diletak contact glue

Setelah semuanya selesai bolehlah dipotong keliling jaring di sekeliling frame magnet mengikut bentuknya. Jangan lupa buangkan terlebih dahulu masking tape sebelum memotong jaring.





Inilah rupa jaring nyamuk/lalat magnetic yang sudah siap.



Tak ada rasa takut-takut lagi, yakin ia melekat tak mudah terbuka kali ini


Selepas di pasang pada gril besi pintu dapur rumah kami.


 
Ternyata penampilan kali ni lebih kemas dan cantik selain lebih kukuh dan mudah untuk diuruskan. 














Rabu, 5 Oktober 2016

Tanam Pokok Kuini

Hujung minggu yang panjang sempena cuti maal hijrah kali ini, kami habiskan untuk bermalam di rumah kami di kampung Pantai Kundor, Melaka.

Pagi-pagi lagi pada hari Sabtu, 1 hb Oktober 2016 kami mulakan perjalanan. Dari hiway Lekas keluar ke Seremban. Hiway sesak dengan kenderaan dari Seremban sehinggalah menghampiri ke exit Simpang Ampat, kereta tak putus-putus.

Sampai sahaja di kampung kami terus berhenti makan tengah hari terlebih dahulu. Berselera makan nasi dengan lauk asam pedas ikan sembilang laut.

Sampai di rumah, pada sebelah petangnya kami mulakan aktiviti menanam anak pokok kuini. Pokok ini kami bawa terus dari Ampang yang telah agak lama disemai.

Yang membuatkan saya tertarik untuk menyemai benih kuini ini, selain buahnya sedap dan harum, ia juga tidak berulat. Harap-harap kalau ada rezeki nanti, yang kami tanam ini pun sama kualitinya.


 
 
 
Gambar pada keesokan harinya... siram air


Sambil tu nak kongsi gambar buah cempedak dari pokok yang juga ditanam sendiri. Dua dari tiga batang pokok cempedak ini telah berbuah buat kali pertama pada tahun ini.



 
Dah selamat digoreng...

Isnin, 5 September 2016

Jaring Serangga Magnetik DIY - Magnetic Mosquito Net

Kali ni nak post cara-cara buat jaring serangga DIY untuk tingkap rumah. Mual-mula dapatkan bahan dan peralatan. Bahan wajib adalah jaring dan magnetic tape. Antara alat-alat yang diperlukan gunting dan hot glue.


Magnetic tape, saya beli yang ini di Daiso.
Jaring halus, yang ini dibeli di kedai hardware. Kena cari jaring yang halus dan lembut, tokei kedai tu kata yang ini jaring poly. Ada beberapa jenis jaring lagi yang lebih kasar ~ kurang sesuai.


Mula-mula dapatkan ukuran tingkap yang hendak dipasang jaring. Kemudian potong jaring mengikut sukatan yang dah diambil. Selepas potong dapatlah bentuk jaring menjadi segiempat tepat.


Kemudian potong magnetic tape mengikut ukuran jaring ataupun ukuran tingkap tadi. Tampalkan bahagian yang bertape pada magnetic tape tu ke atas jaring. Untuk tambah kuatkan tape tu lekat pada jaring, gunakan hot glue sebagai pelekat atau welding tambahan. Pastikan magnet berada di sebelah bawah dengan bahagian tape bergam sebelah atas dan jaring melekat pada tape itu sebelum welding. Dah lekat elok baru mula baru mula welding dengan hot glue. (Saya gunakan masking tape yang digulung untuk buatkan magnet melekat dan tak bergerak buat sementara atas meja)






Dapat dilihat di sini yang hitam blank tu bahagian magnet yang akan dilekatkan pada gril besi tingkap (kalau tak ada gril besi, kena lekatkan selapis magnetic tape pada frame tingkap terlebih dahulu). Manakala bahagian yang ada hot glue tu boleh dilindung dari pandangan menggunakan tape untuk penampilan yang lebih kemas (saya biarkan dia macam tu je... dah malas nak cover)




Bila dah siap, jaring dan magnet ini melekat dengan baik, dan ia nampak kukuh sebagai satu produk baru... mosquito net, yang boleh mencecah RM10 per kaki persegi.




Dah siap, sedia untuk di pasang.


Beginilah rupa jaring serangga DIY yang telah siap di pasang. Boleh ditambah di bahagian yang sesuai satu tali atau tempat untuk membuka jaring daripada gril besi supaya lebih mudah untuk membuka dan menutup tingkap.












Untuk pengetahuan kos magnetic tape satu RM5.00 sepanjang 108 inci, saya gunakan tiga dan ada baki lagi. Jaring semeter RM12. Untuk tingkap seperti rumah saya yang berukuran 4' x 4' ini saya gunakan sebanyak 1.5 meter jaring.



Banyak juga jimatkan.... selamat mencuba.




















Selasa, 9 Ogos 2016

Update Pokok Buluh Madu

Selepas hampir genap-genap dua tahun saya tanam pokok buluh madu ni di depan rumah, ini kali pertama dapat update tentang pokok ni. Sepanjang dua tahun ni dah banyak kali juga kami dapat makan hasil rebung buluh madu ini. Syukur alhamdulillah.


 
 
Selain daripada makan rebung, dapat juga jadi peneduh depan rumah. Kalau letak kereta bawah pokok buluh ni tak de lah kereta straight kena panas. Redup sikit... Selain tu dapat juga keluarkan peluh masa sapu daun-daun buluh yang gugur. Dalam gambar ni nampak daun bersepah sebab belum sapu lagi hehe...

Di sebelah kanan tu, rebung yang baru keluar...