Khamis, 6 September 2012

Fotografi Tips : Kenapa warna bertukar (desaturated) selepas muat naik (upload) ke internet?

Pernah kena tak masalah ni...? Bila tengok dalam laptop nampak gambar dah ok, tapi bila upload je warna dia jadi lain, macam pudar je... Mulanya saya ingat saya sorang je yang hadapi masalah ni, rupanya dalam internet memang dah banyak kali dibincangkan masalah yang sama. Cari punya cari dan lepas banyak kali buat testing try and error, barulah faham apa masalahnya yang sebenar.

Standard default colour space untuk kebanyakan browser internet adalah sRGB. Jadi untuk pastikan browser anda dapat membaca colour space yang tepat maka default atau working colour space dalam editing software anda juga haruslah disetkan kepada colour space yang sama iaitu sRGB.

Jadi pastikan sebelum anda mula mengedit gambar, setkan working colour space kepada sRGB kemudian barulah save dan upload ke internet.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan perbezaan antara gambar yang di dalam laptop dan yang telah di upload. Boleh nampak gambar yang diedit guna Adobe RGB warnanya agak pudar atau washed out (desaturated) berbanding yang diedit mengunakan sRGB selepas di upload ke Flickr.

Gambar asal dalam Photoshop
Upload ke Flickr menggunakan working color space Adobe RGB
Upload ke Flickr menggunakan working color space sRGB
 Kalau menggunakan Photoshop CS4, cara nak tukar working colour space adalah seperti berikut :



Patut la sebelum ni gambar nampak lebih pucat bila di upload ke Flickr, rupanya sebab menggunakan Adobe RGB dalam Photoshop dan dalam setting kamera. Selama ini saya memang lebih gemar  guna Adobe RGB kerana colour space Adobe RGB adalah lebih luas berbanding sRGB terutama pada warna hijau. Warna hijau penting terutama apabila kita selalu ambil gambar nature. Tapi ada masalah la pulak bila nak upload gambar ke internet. Lepas ni saya kena tukar setting Photoshop dan Canon 7D ke sRGB la nampaknya.... Selamat mencuba.

1 ulasan: