Selasa, 16 Ogos 2011

Cafe Botanikal, Ayer Keroh Melaka


Cafe Botanikal, Ayer Keroh, Melaka (bertentangan dengan Zoo Melaka), ini pertama kali kami masuk ke restoran ni. Sebelum ini ada terbaca di internet tentang banyak review positif pasal restoran ini. Tak salah kalau mencuba... Hari Sabtu lepas balik Melaka untuk tengok projek rumah kami di kampung. Jadi saya rasa sesuai kalau kami sekeluarga berbuka di restoran ini.


Harga bufet ramadhan mereka RM32 untuk dewasa dan RM20 kanak-kanak. Makanannya memang sangat ok. Ada nasi putih, nasi minyak (tak pasti nasi apa sebenarnya, nampak macam nasi minyak), lauk pauk beranika jenis dari ayam, ikan, ketam, daging, sayur dan bermacam jenis ulam-ulaman. Selain itu terdapat 'gerai-gerai' menyediakan char-kuey-teow, ikan, udang, kerang dan lala bakar. Juga terdapat satay yang panas-panas dibakar dan tak ketinggalan kambing golek yang memang panjang orang beratur... Selain dari itu ada bermacam jenis kuih-muih, kek, cendol, ais-krim dan teh tarik.


Minta maaf la, gambar-gambar makanan tak sempat nak snap. Sampai kat sana pun dah pukul tujuh lebih. Orang pulak boleh tahan ramainya. Terus je pergi serbu makanan, tak tengok lain dah...



Kesimpulannya, memang berbaloi dengan RM yang dibayar. Makanannya puas hati, tempat pun luas dan selesa. Surau ada disediakan. Parking banyak, tandas bersih. Lepas tu siap ada live show kumpulan ghazal lagi. Satu yang saya paling puji restoran ni, walaupun ramai orang dan makanan sekejap je clear... tapi makanan yang dah habis pasti akan di reload lagi. Walaupun tak ditambah serta merta, pelanggan yang lambat atau belakang que tak perlu risau, pasti ditambah lagi mana yang dah habis. Tak macam kat sesetengah tempat tu, bila ramai orang, lepas tu makanan pulak habis, jawabnya... nasib le.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan