Pernah kena eczema di jari tak? Eczema biasanya dikaitkan dengan masalah alergi terhadap persekitaran dan juga pemakanan. Sesiapa yang mempunyai risiko alergi biasanya akan terdedah kepada eczema.
Sesiapa yang pernah kena mesti tahu betapa susahnya nak melakukan aktiviti harian. Eczema boleh menyebabkan hujung jari terluka yang seterusnya menimbulkan rasa perit dan pedih ketika menggunakan jari seperti untuk makan nasi.
Walaupun ia nampak seakan penyakit yang ringan dan remeh di mana kulit megeluarkan bintik-bintik berair yang kemudiannya akan pecah tapi untuk merawat dan menghilangkan jangkitan eczema ni bukanlah perkara mudah. Pernah terbaca seorang pakar kulit mengatakan eczema akan terus kekal bersama seseorang untuk satu jangka waktu yang panjang. Tak banyak yang boleh dilakukan selain hanya mengawal sahaja masalah jangkitan tersebut dengan penggunaan krim-krim tertentu dan jaga pemakanan.
Saya nak kongsikan pengalaman tentang eczema. Pernah dengar minyak kayu kapur? Masa kecik-kecik dulu sekitar tahun 80an mudah nak jumpa minyak ni. Biasanya minyak ini diperolehi dari pokok atau kayu kapur. Sekarang agak sukar untuk diperolehi mungkin sebab pokok atau kayu balak dari jenis kapur ini dah semakin berkurangan. Minyak ini sangat baik dan mujarab untuk masalah kulit seperti gatal-gatal dan luka.
Saya suka dengan bau minyak kayu kapur ni. Baunya yang sedap memang unik sehinggakan saya masih ingat lagi akan kesegaran baunya walaupun selepas berpuluh tahun semenjak kali terakhir saya menggunakan minyak ini. Baru-baru ini terjumpa dengan seorang warga tempatan di R&R Temerloh menuju ke Kuantan yang menjual minyak ini. Baunya serta merta melekat ke hidung saya lantas terus terimbau kenangan dahulu ketika biasa menggunakan minyak ini. Saya beli tiga botol.
Berbalik pada eczema... masalah ni dah lama dah. Hampir dua tahun. Bermacam pil dah telan. Macam-macam krim dah doktor bagi. Tapi tak jalan. Hilang sikit lepas tu timbul balik, kadang-kadang bintik berair keluar lagi banyak dari sebelumnya apabila tersalah makan.
Terfikir nak sapukan minyak kayu kapur yang dibeli hari tu. Alhamdulillah dengan izin Allah swt lepas dua ke tiga minggu menggunakannya setiap pagi dan malam, eczima semakin hilang. Kesan yang selama ini tak pernah dilihat apabila menggunakan ubat-ubatan moden dari doktor. Mungkin minyak kayu kapur ni ada unsur-unsur anti fungus kot... wallahua'lam. Lagipun memang Allah dah beritahu setiap penyakit mesti ada ubatnya. Mungkin ini ubat yang sesuai untuk atasi masalah seperti eczema.
Kalau anda ada masalah eczema tak rugi mencuba. Lagipun minyak kayu kapur ni tak lah mahal mana walaupun sekarang semakin kurang orang yang menjualnya.
Minyak kayu kapur |

Close-up jari telunjuk, dah semakin baik... |
Kalau anda ada masalah eczema tak rugi mencuba. Lagipun minyak kayu kapur ni tak lah mahal mana walaupun sekarang semakin kurang orang yang menjualnya.
Minyak kayu kapur yang dibeli di Temerloh |