Isnin, 5 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 (1432 Hijrah)


Berlalulah sudah Ramadhan... sebulan berpuasaaa... Sedih pulak rasa bila dikenang-kenangkan malam terakhir di bulan Ramadhan yang lalu. Entah ada rezeki ke tidak berjumpa Ramadhan tahun depan. 

Apapun saya ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Tahun ini giliran berhari raya bersama keluarga sebelah isteri, di Ampang. Malam hari raya kami semua berkumpul di rumah mak dan abah di Ampang, dan bertakbir bersama-sama.  Hari raya kedua kami balik ke kampung emak saya, kampung Simpang Pelangai di Bentong. Petangnya pula terus balik ke Kuantan.

Bersama keluarga di Ampang (selepas sembahyang raya), tapi ini tak cukup lagi tiga keluarga... dia orang
sampai lambat sikit.

Bersama saudara mara di Simpang Pelangai. Ini baru tiga keluarga, iaitu anak-anak mak saya dan anak-anak
Mak Teh dan keluarga Acu.

Satu perkara yang bagus hari raya tahun ni, ialah cuti yang agak panjang. Tambah dua hari je cuti, hari Isnin sebelum hari raya dengan hari Jumaat raya keempat, anda dapat sembilan hari cuti straight. Jadi jalan raya pun tak sesak sangat, sebab orang ramai dapat balik kampung secara beransur-ansur beberapa hari sebelum dan selepas raya. Tak de la banyak masa habis kat highway sebab 'tersangkut'. 

Bulan raya, bulan Syawal ni ada lebih kurang tiga minggu lagi. Lepas ni penuhlah jemputan dan jalan-jalan yang ditutup sempena rumah terbuka pada hujung-hujung minggu. Raya, raya jugak. Tapi harapnya tarbiah Ramadhan yang selama sebulan tu dapat diteruskan  di bulan-bulan yang akan datang... Amin.